"Ingin sedikit bebagi dalam kesendirian,dalam keramaian,dalam kemalasan,dalam cinta,dalam bahagia,dan pada batas terdalam rasa yang ku miliki untuk NYA...andai bibir tak lagi berbicara..mungkin ini yang tersisa"

12 May 2011

Disorder

Kalau kau baik hati,
pinjamkan aku mata, kerana aku telah buta
pinjamkan aku cuping, kerana aku sudah tuli
pinjamkan aku kata kerana aku telah bisu

pinjamkan aku hati kerana punyaku sudah remuk.

6 comments:

pencaci jalanan said...

akan selalu ada yang sanggup pinjamkan itu semua.cuma belum jumpa

dochi said...

tunggu .
nanti pasti ada yang hulur hatinya .

intan.maisarah said...

kamu mahu hati ku?
kerat separuh/
kita kongsi

Qiez AR said...

seberapa besarpun bahagian yang kau perlukan untuk percubaan menampal kembali hatimu yg remuk itu, aku tawarkan hatiku.

ghost said...

nah...

tapi lebih kurang jer kita punya.

Anonymous said...

...bila-bila sahaja kau mahu betty, akan aku berikan.